Assalamualaikum w.b.t,
Agak lama juga tak jenguk laman blog ni..rindu rasanya. Sedar tak sedar, dah masuk tahun ke-3 sy bergelar seorang guru Pendidikan Islam. Sekarang bekerja di SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru, Johor. Sekolah ini merupakan sekolah khas bagi murid-murid yang bermasalah penglihatan. Bagi tahun 2012, seramai 66 orang murid berdaftar dan 32 orang guru. Alhamdulillah..PES dah melahirkan ramai golongan terpelajar dalam bidang akademik. Siapa kata orang buta tak boleh berjaya? Asalkan murid-murid rajin berusaha, InsyaALLAH mereka akan berjaya. Doa dan sokongan daripada masyarakat sekeliling juga amat-amatlah penting..anggaplah golongan ini manusia biasa yang diberikan keistimewaan oleh ALLAH taala yang tiada tolok bandingnya dan mereka mampu membuktikan kebolehan yang ada dalam diri mereka. Kunjungilah mereka..dekatkan diri dengan mereka & cubalah bertanya khabar.
Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam