Saturday, February 7, 2009

Bersukan

Erm...Best jugak bersukan ni...sekali sekala dapatla hilangkan tension dengan study @ apa-apa jea. Sempat jugak saya main badminton & volleyball dengan kawan-kawan. Hehehe..Tapi kan..saya teringat pulak kata-kata Sara pagi tadi.."K'Na main jea badminton tu,ibaratkan kita melepaskan kemarahan kita pada seseorang". Akhirnya, masalah kita akan semakin berkurangan.Memang berjaya laa...kalau tak percaya, cuba anda amalkan. Hehehe..Beriadah ni sememangnya baik untuk kesihatan kita. Akal yang cerdas,bermula dari badan yang sihat dan cergas. Kalau nak jadi cikgu, tak boleh la lembik-lembik..kita perlu kuat & bersemangat. Ini tak..asyik ngantuk jea dalam kelas. Semua guru di mana-mana jua perlu bangkit, teruskan amalan bersukan.Cayok..cayok..

Monday, February 2, 2009

Sistem Pendidikan di Malaysia

Sistem pendidikan yang wujud di Malaysia pada masa kini adalah amat memberangsangkan sekali. Terdapat pelbagai pembaharuan yang berlaku dari masa ke semasa sehingga menyebabkan institusi pendidikan di sini menjadi rebutan para pelajar dari luar negara. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat di Malaysia yang masih tidak menyakini akan kehebatan mutu pendidikan di sini sehingga menyebabkan mereka menghantar anak-anak mereka ke luar negara. Alangkah malangnya rakyat sendiri memperlekeh serta merendahkan kebolehan sistem pendidikan yang maju serta terkenal di merata dunia ini. Sedangkan, kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha sedaya upaya dalam melahirkan guru-guru yang holistik, berketerampilan, cemerlang, berwawasan, komited dan sebagainya. Di samping itu, perubahan yang ketara juga dapat dilihat pada sistem pendidikan kini dengan wujudnya penggunaan teknologi dan inovasi di setiap sekolah seperti penggunaan ict serta skrin Lcd dan lain-lain lagi. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan kemudahan yang wujud dalam intitusi pendidikan ini.

.::MuHaSaBaH DiRi::.

Salam” border=”0″>
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini