Monday, February 2, 2009
Sistem Pendidikan di Malaysia
Sistem pendidikan yang wujud di Malaysia pada masa kini adalah amat memberangsangkan sekali. Terdapat pelbagai pembaharuan yang berlaku dari masa ke semasa sehingga menyebabkan institusi pendidikan di sini menjadi rebutan para pelajar dari luar negara. Namun begitu, masih terdapat segelintir masyarakat di Malaysia yang masih tidak menyakini akan kehebatan mutu pendidikan di sini sehingga menyebabkan mereka menghantar anak-anak mereka ke luar negara. Alangkah malangnya rakyat sendiri memperlekeh serta merendahkan kebolehan sistem pendidikan yang maju serta terkenal di merata dunia ini. Sedangkan, kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha sedaya upaya dalam melahirkan guru-guru yang holistik, berketerampilan, cemerlang, berwawasan, komited dan sebagainya. Di samping itu, perubahan yang ketara juga dapat dilihat pada sistem pendidikan kini dengan wujudnya penggunaan teknologi dan inovasi di setiap sekolah seperti penggunaan ict serta skrin Lcd dan lain-lain lagi. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan kemudahan yang wujud dalam intitusi pendidikan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment