Monday, May 14, 2012

~Kesan berbual terlalu lama melalui hp~

~Tatkala saya post entri ini, saya berada di Toyota Service Centre, Johor Bahru.~ Sje je nak cite pasal rahang muka sy yang sedikit lenguh & sakit. Maklum jela, smlm sy berborak melalui telefon lbh kurang 2 jam stgh (4.30 pm- 7.00 pm). Manalah tak penat muka ni, sekejap gelak, sekejap sedih..mcm2 memek muka yg sy buat sepanjang perbualan dgn mama, hubby, kak zie, mak aji dan adik. Sedar tak sedar, muka dah lain mcm. Lenguh semacam..sy cuba urut & bertenang tapi sume hampa. Pi mandi, cuci pakaian..tapi belum ok juga.Nak buat instrumen utk bdk pun dh terbantut. Jadi sy pun switch-off lampu awl sikit sbb nak rehatkan muka ni. Guling punya guling, mata ni tak dapat juga lelap disbbkan sakit & lenguh. Aduihhhhhh....nak nangis pun ada. Ntah pukul berapa sy tido pun tak tau la semalam. Tetiba terjaga jam 2.30am, sakit perut semacam. Then, sambung tido balik..terjaga lagi jam 4.00am. Mmg sy tak lena terus pagi tadi..nak sambung buat instrumen pun tak jadi sbb tak cukup tido. Then, dipendekkan cite sy bgn tido jam 5.45am, jerang air panas, kemas katil & kelengkapan sekolah & mandi. Sempatla sy breakfast dgn susu segelas. Kul6 mmg dah siap utk ke tempat keje..tapi baru sy perasan yg muka sy ni masih tak berubah. Lenguh jea..Takpela, sy putuskan utk kuar awl sbb nak pi atm utk ambik duit. After that, terus ke sekolah. Sakit & lenguh ni tak hilang2 sampaila skrg, dah puas sy urut guna minyak angin. Moga2 ALLAH sembuhkan penyakit sy ni. AMinn..Moral of the story, jgn berbual terlalu lama melalui hp..takut nanti jadi mcm sy. Silap2 tulang rahang lari dari kedudukan asal. Naudzubillahu min zalik. So,Skrg tengah tunggu kereta diservis, kul4 ptg baru siap agaknya.

Saturday, May 12, 2012

::SELAMAT HARI IBU::

Selamat Hari Ibu!!! Khas buat my mom yang tersayang. Alhamdulillah, dah wish tadi..tapi belum bagi apa-apa kat mama. Hehehe..tunggu time cuti sekolah nanti ya. Erm..Sebenarnya cukup besar pengorbanan seorang ibu jika dibandingkan dengan yang lain. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 anak belum tentu dapat menjaga ibu seorang. Hal itu turut dialami oleh diri saya sendiri. Masa saya kol mama tadi, sempat lagi dia hadiahkan saya sepasang baju kurung sempena kenduri kendara yang bakal menjelang cuti sekolah nanti, siap nak tolong hantar ke rumah tailor lagi. Dalam hati ini sebenarnya terharu dan sedih sambil berkata, "Sepatutnya aku yang bagi hadiah kat mama, tapi dia pulak yang nak bagi kat aku". Sebak terasa dalam dada ni tapi saya control jea..Mama belikan baju untuk anak-anak perempuan dia sekali dengan baju untuk Mok (panggilan untuk nenek) sempena Hari Ibu. Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang ibu yang sangat baik, penyayang, solehah, penyabar, tabah, pemaaf, dll lagi. Bak kata orang, mama ni memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang wanita. Saya amat yakin akan janji Allah bahawa wanita solehah itu tempatnya Syurga dan salah seorang penghuninya ialah mama. Semoga mama bahagia dengan abah baru, dikurniakan tubuh badan yang sihat, dipermudahkan untuk mengerjakan amal ibadah, dimurahkan rezeki, tercapai segala cita-cita, amin... Saya ni bukanlah seorang anak yang baik sangat. Saya merupakan anak ke-2 daripada 8 beradik. Sebagai kakak, saya perlu menjaga adik-adik sejak dari kecil. Kena tolong mama buat kerja rumah, kena buat macam-macam. Saya merupakan harapan keluarga semenjak arwah abah masih hidup lagi. Alhamdulillah, doa mama termakbul..kini saya bergelar seorang guru. Tapi saya masih belum lagi dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yang mama curahkan selama ini. Kadang-kadang terasa sedih dan dibelenggu rasa bersalah kerana tak dapat jadi anak yang baik. Astaghfirullahal azim..saya akan teruskan usaha, moga-moga berjaya. Saya inginkan senyuman yang terukir indah di bibir mama untuk selama-lamanya. Saya perlu kuat..saya perlu berdamping denganNya selalu. Sayang mama..muahhhh..
Berjauhan dengan suami... Terasa amat janggal sekali. Sesekali hati ini meruntum kesepian..rindu tiada terkata. Tidak sabar rasanya ingin berjumpa. Moga perpisahan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri hingga ke alam syurga. Hubungan yang disemai selama ini subur dengan kasih sayang. InsyaALLAH..I LOVE YOU sayang..:D

.::MuHaSaBaH DiRi::.

Salam” border=”0″>
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini