Saturday, May 12, 2012

::SELAMAT HARI IBU::

Selamat Hari Ibu!!! Khas buat my mom yang tersayang. Alhamdulillah, dah wish tadi..tapi belum bagi apa-apa kat mama. Hehehe..tunggu time cuti sekolah nanti ya. Erm..Sebenarnya cukup besar pengorbanan seorang ibu jika dibandingkan dengan yang lain. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 anak belum tentu dapat menjaga ibu seorang. Hal itu turut dialami oleh diri saya sendiri. Masa saya kol mama tadi, sempat lagi dia hadiahkan saya sepasang baju kurung sempena kenduri kendara yang bakal menjelang cuti sekolah nanti, siap nak tolong hantar ke rumah tailor lagi. Dalam hati ini sebenarnya terharu dan sedih sambil berkata, "Sepatutnya aku yang bagi hadiah kat mama, tapi dia pulak yang nak bagi kat aku". Sebak terasa dalam dada ni tapi saya control jea..Mama belikan baju untuk anak-anak perempuan dia sekali dengan baju untuk Mok (panggilan untuk nenek) sempena Hari Ibu. Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang ibu yang sangat baik, penyayang, solehah, penyabar, tabah, pemaaf, dll lagi. Bak kata orang, mama ni memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang wanita. Saya amat yakin akan janji Allah bahawa wanita solehah itu tempatnya Syurga dan salah seorang penghuninya ialah mama. Semoga mama bahagia dengan abah baru, dikurniakan tubuh badan yang sihat, dipermudahkan untuk mengerjakan amal ibadah, dimurahkan rezeki, tercapai segala cita-cita, amin... Saya ni bukanlah seorang anak yang baik sangat. Saya merupakan anak ke-2 daripada 8 beradik. Sebagai kakak, saya perlu menjaga adik-adik sejak dari kecil. Kena tolong mama buat kerja rumah, kena buat macam-macam. Saya merupakan harapan keluarga semenjak arwah abah masih hidup lagi. Alhamdulillah, doa mama termakbul..kini saya bergelar seorang guru. Tapi saya masih belum lagi dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yang mama curahkan selama ini. Kadang-kadang terasa sedih dan dibelenggu rasa bersalah kerana tak dapat jadi anak yang baik. Astaghfirullahal azim..saya akan teruskan usaha, moga-moga berjaya. Saya inginkan senyuman yang terukir indah di bibir mama untuk selama-lamanya. Saya perlu kuat..saya perlu berdamping denganNya selalu. Sayang mama..muahhhh..

No comments:

Post a Comment

.::MuHaSaBaH DiRi::.

Salam” border=”0″>
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini